Konsert mingguan Mentor_(musim_5)

Konsert Pengenalan

Konsert Pengenalan Mentor 5 berlangsung pada 6 Mac 2011, di mana keenam-enam protege akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Bermula dengan persembahan pembukaan oleh keempat-empat juara Mentor yang lalu, iaitu Pija, Fiq, Black dan Mohd, keenam-enam protege membuat persembahan mereka di atas pentas Auditorium MBSA, Shah Alam, di hadapan juri Ramli M.S. dan Ajai yang menentukan kumpulan mereka.

  • Ratnah – "Tak Ada Logika" (Agnes Monica)
  • Ayish – "Hapus Aku" (Nidji)
  • Shiha – "Hanya Kau yang Mampu" (Aizat) (Sharifah Aini); diikuti ibunya Sharifah Nasmah bersama Datuk Sharifah Aini – "Mawar Putih untuk Mama"
  • Aiman – "Kau dan Aku" (Aizat)
  • Iqa – "Aku Cinta Padamu" (Jamal Abdillah)
  • Salmah – "Bertamu di Kalbu" (Jaclyn Victor)

Selepas keenam-enam protege menyanyikan lagu tema Mentor secara berkumpulan, iaitu "Tunjuk Ajarku Sifu", Para juri menetapkan Ayish, Shiha dan Ratnah dalam kumpulan A manakala Iqa, Aiman dan Salmah dalam kumpulan B.

Pusingan pertama

Kumpulan A (13 Mac 2011)

Juri: Ramli M.S. dan Ziana Zain

Markah
  • Shiha: 64
  • Ayish: 43
  • Ratnah: 40

Kumpulan B (20 Mac 2011)

Juri: Zainal Abidin dan Ramli M.S.

Markah
  • Iqa: 55
  • Aiman: 48
  • Salma: 80

Pusingan kedua

Kumpulan A (27 Mac 2011)

Juri: Ramli M.S. dan Rossa

Markah
  • Ayish: 60 (103)
  • Shiha: 63 (127)
  • Ratnah: 38 (78)

Kumpulan B (10 April 2011)

Faizal Ismail mengisi tempat Ally yang pergi berumrah.

Juri: Ramli M.S. dan Mas Idayu

Markah
  • Salma: 77 (157)
  • Iqa: 56 (111)
  • Aiman: 43 (91)

Pusingan ketiga

Kumpulan A (17 April 2011)

Juri: Ramli M.S. dan Cat Farish

Markah
  • Ratnah: 76 (154)
  • Shiha: 63 (190)
  • Ayish: 45 (148)

Kumpulan B (24 April 2011)

Duet Iqa dilakukan dengan menggabungkan visual rakaman persembahan arwah Sudirman pada visual secara langsung dengan kaedah rotoskop.

Juri: Ramli M.S. dan Noraniza Idris

Markah
  • Salma: 80 (237)
  • Iqa: 63 (174)
  • Aiman: 49 (140)


Pusingan keempat

Kumpulan A (1 Mei 2011)

  • Shiha: "Ayat Ayat Cinta" / "Hey Ladies" (Rossa)
  • Ratnah: "Jangan Ada Benci" / "Seribu Impian" (Casey)
  • Ayish: "Laskar Pelangi" (Nidji) / "Nakal" (Gigi)

Juri: Ramli M.S. dan Joe Flizzow

Markah
  • Shiha: 62 (252)
  • Ratnah: 61 (215)
  • Ayish: 60 (208)

Dengan ini, Ayish tersingkir sementara Shiha dan Ratnah mara ke separuh akhir.[4]

Kumpulan B (8 Mei 2011)

Juri: Ramli M.S. dan Mus May

Markah
  • Salma: 70 (307)
  • Iqa: 63 (237)
  • Aiman: 50 (190)

Dengan ini, Aiman tersingkir sementara Salma dan Iqa mara ke separuh akhir.[5]


Separuh akhir 1 (15 Mei 2011)

Rancangan ini bermula lewat daripada yang dijadualkan disebabkan masalah teknikal dalam penyiaran. Minggu ini, keempat-empat protege (kesemuanya perempuan) membuat dua persembahan, iaitu satu solo dan satu duet bersama mentor masing-masing dalam turutan giliran yang sama.

  • Shiha - "Memori Tercipta"
  • Salma - "Sedalam Mana Cintamu"
  • Iqa - "Khatimah Cinta"
  • Ratnah - "Bukannya Aku Takut" / "Seksis"
  • Shiha & Dato' Sharifah Aini - "Sabarlah Menanti" / "Hapuslah Airmatamu"
  • Salma & Erra - "Penipu"
  • Iqa & Edry - "Kitalah Bintang"
  • Ratnah & Afdlin - "Sudah Kahwin Kah Belum" / "Inikah Cinta"

Juri: Ramli M.S. dan Marcell

Markah-markah yang diraih dibawa ke Separuh akhir 2 pada minggu berikutnya untuk dijumlahkan.

Separuh akhir 2 (22 Mei 2011)

Minggu ini, keempat-empat peserta bernyanyi secara solo dan juga berpasangan dengan juara-juara Mentor musim lepas (kecuali Ratnah yang berpasangan dengan Adi, naib juara musim keempat).

  • Salma – "Nirmala" / "Mimpi Laila"
  • Ratnah – "Hollaback Girl" / "Debu Liar"
  • Shiha – "Dondang Dendang" / "Layar Battuta"
  • Iqa – "Awan Yang Terpilu"
  • Salma & Mohd – "Fenomena" / "Opera Hidup"
  • Ratnah & Adi – "Hanya Memuji" / "Akhirnya Kini Pasti"
  • Shiha & Pija – "Sedetik Lebih"
  • Iqa & Fiq – "Sampai Syurga"

Juri: Ramli M.S. dan Mas Idayu

Markah
  • Iqa: 69 (126)
  • Shiha: 61 (119)
  • Salma: 64 (113)
  • Ratnah: 46 (88)

Dengan itu, Ratnah tersingkir daripada pertandingan manakala Shiha, Iqa dan Salma mara ke pusingan akhir.

Akhir Mentor (24 Mei 2011)

Solo
  • Salma – "Listen"
  • Shiha – "Kisah Hati"
  • Iqa – "Ku Mohon"
DuetLagu baru
  • Salma – "Aku Permata"
  • Shiha – "Bila Bertemu Mu"
  • Iqa – "Di Penghujungnya"

Juri: Ramli M.S., Ziana Zain dan Azmeer

Keputusan
  • Salma: 85
  • Shiha: 63
  • Iqa: 56

Maka Salma dinobatkan sebagai juara keseluruhan Mentor 5.